Saturday, November 14, 2015

Pertukaran F29 macam mana??!

Assalamualaikum..
Tajuk nak gempaq je kan..hehe..Alhamdulillah saja nak share bagi sesapa yang dah pegang jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29..

Pertukaran F29 bagi aku memang amek masa terlalu lama..aku dah apply lebih 2 tahun..ouh ya, cara nak mintak tukar senang je..cuma perlu apply melalui HRMIS dan hantar ke ketua jabatan. Ketua jabatan akan luluskan samada disokong dengan pengganti atau tanpa pengganti. Selalunya haruslah dengan pengganti..macam aku :) Bila dah disokong dengan pengganti JPA akan buat mesyuarat untuk pertukaran F29 ni.

Alhamdulillah tanpa kabel tanpa orang dalam rezeki ku bertukar balik negeri JDT. Dalam masa yang sama kalau korang nak cepat dapat tukar selalulah call JPA korang nye permohonan macam mana. Masa time aku tu, en Fazli yang uruskan dia suruh sabar turn aku no 10..kira okla jugak kan dari beribu yang mintak tukar tu. Tapi lama jugak la aku kena tunggu untuk dapat tukar. Itu pun aku sertakan dengan surat pengesahan doktor mak aku sakit buah pinggang..

Anyway sesiapa yang mintak tukar tu..doa la banyak2 tak perlu orang dalam..kalau dah rezeki tak ke mana :)

Tuesday, November 10, 2015

Remote Kereta @ Tanjung, Muar

Assalamualaikum bloggers..malam2 minggu ni sharing cerita anak dara Nur Alya Humaira naik kereta remote kat tanjung, muo..

Selalunya tgk je anak org main kereta, ni alya dh besar dh boleh la masukkan dia dlm kereta..tapi kena control la dr ayah nya..

Bukan main lagi dia suka masuk dalam kereta siap bye2 org keliling..haih peramah tol la awak..sgt2 sesuai tuk korang parents yg nk luangkan masa dgn anak2..juz bayar RM6 tuk 15minit masa main..klu 30minit up sikit la RM12..

Ok jom skodeng anak kecik ni naik kereta! I'm using legoo elite 5 :)