Thursday, June 19, 2014

Checkup Baby 28 weeks



Hello readers!!
Hari ni baru berkesempatan nak cerita rutin harian checkup Klinik Kesihatan tuk tempoh 28 minggu.. Kalau diikutkan 28 weeks baby dah dekat 7 bulan la ye tak! Huhuhu.. Dah mula rasa berdebar nak deliver baby ni. Macam-macam perasaan la yang datang..tapi akan ku harungi jugak untuk anak sulung ku ini. Semoga Allah permudahkan urusan ku & hubby..Insyaallah.



Caption: Muka without makeup pergi checkup :)


Ok macam biasa aku datang awal 7.44 am coz appointment 8.00 am, tapi macam biasa la Klinik Gomen korang kena register kat kaunter dulu, masukkan buku kat dalam bakul 8.00 am. Dong-deng-dong-deng nurse akan carik buku merah dalam rekod diorang. Kali ni lama betul aku tunggu dekat 1 jam baru nurse panggil semula kat kaunter. Perut aku toksah cerita la time tu berjoget riang. Tapi disebabkan nak servis free aku tahan la kesabaranku. Hehe.. 

Hari ni kena amek darah, katanya tuk FBC dan cek HB.. aku tak banyak tanya details sebab kepala dah pusing. Aku masuk bilik 14 dan hulur je tangan kat sister yang nak cucuk tangan aku. Aku genggam tangan n tup..nasib baik sekali cucuk je. Maybe sister tu baca bismillah n urat aku pon senang nak nampak. Heheh.. Sister suruh aku hantar darah ke Makmal 7B. Berjalan la aku ngan sopannya ke Makmal 7B. Macam biasa letak buku pink dalam bakul + darah & pergi ambil air kencing kat toilet. Tunggu giliran orang lab panggil dan dapat result HB rendah lagi.. 9.7 jek.. uhukkk tak tau la cmne nak naikkan lagi. Ubat zincofer dah makan tapi still tak naik lagi. Kira aku ni dah anemia. Last month pon sama 9.7 jugak. Bagi mom to be siapa ada cara nak bagi HB naik?! Uhuhu

Dah settle bab amek darah, kita pergi jumpa nurse pulak kat bilik 17. Bilik-bilik ni dah bahagi ikut zon, so memang dr awal checkup aku akn cek kt bilik 17 je.. Tunggu sekejap n nurse akan panggil tuk cek pewot. Tummy smer ok degupan jantung baby pon ok so settle bab pewot! Opsss tunggu hari ni kena jumpa FMS..dalam kepala otak aku, apa benda alah pulak FMS ni..rupanya FMS stand for dr sakit puan. Alahai ingatkan dah boleh balik.. 

Letak buku kat kaunter 20 & nurse suruh tunggu kejap kat depan. Lama jugak la dekat setengah jam..huhu..penangan sungguh checkup kali ni. Bila dah kena panggil dr cuma borak2 macam biasa je n again kena cek pewot sama macam nurse cek tadi. Then dr bagi nasihat suruh breast feeding smer n kalau boleh jarakkan anak coz aku dah kena kencing manis ni. Haahaha macam tau2 jek aku nak cepat dapat anak! Dr tanya aku ada tak amek darah tuk cek kenapa HB aku asek rendah jek..jujur aku cakap, nurse ada amek darah tapi tak tau untuk apa. Hahahha..teruk tol aku semua benda tak nak tanya kan! Then dr suruh pergi lagi sekali ke bilik 14 tuk amek darah tuk hantar kat hospital for checking kenapa aku nye HB asek rendah je.. baiklah saya menurut perintah. 

Sampai kat bilik 14 nurse terkejut kena amek darah lagi..siap cakap kesian kat aku lagi. Hahah caring pulak rasanya. Ok fine, amek la darah bakal ibu ni n hantar kat Makmal 7B. Done! Jumpa semula nurse kat bilik 17 tuk dapatkan appointment seterusnya.. Erk sorry belom done lagi..nurse nak cucuk kancing gigi pulak. Alahai cucuk kancing gigi ni lagi sakit sebenarnya dari amek darah. Korang akan rasa kebas sampai 2,3 hari. So pastikan cucuk kat tangan yang bukan menulis/memasak ya. Siap semua tu nurse suruh aku buat Carta Pergerakan Bayi. Istilah paling mudah, start pukul 9.00 am, kalau rasa baby gerak2, tendang2, pusing2 plzzz tanda (/) kat setiap kotak sampai la korang rasa 10 kali pergerakan. Macam aku, pukul 4.30 pm baby dah gerak lebih 10 kali. Sungguh aktif time world cup ni. Heheh. Kalau dalam pukul 9.00 pm korang rasa baby gerak kurang 10 kali esoknya korang kena pergi klinik tuk cek baby. My baby plzz gerak2 tendang2 ibu ya. Jangan bagi ibu risau :) 



 Caption: Carta Pergerakan Bayi

Okla itu sahaja entry post kali ni jumpa lagi kalau ibu hamil ni ada masa nak celoteh.. daaaa~~      





Monday, June 9, 2014

Jawapan Penuh Games "Apo Bondo Eh Ni"

Bagi yang tengah main game apo bondo eh ni..aku ada jawapan penuh.. hehehe..

So, x payah la u olls nak tanya kat Facebook lagi kan... so juz figure out listing kat bawah ni:

Tapi yang ni baru episod 1..nanti aku update episod seterusnya ya!!





SUKA HATI 
LUMBA LARI

TERKEJUT BERUK

TAHI BINTANG

HABIB JEWELS

JALAN JALAN CARI MAKAN

MATI KATAK

GARISAN PENAMAT

PULAU PINANG

AIS BATU CAMPUR

TUKANG KAYU
TERENGGANU
SHEIKH MUSZAPHAR
SENJA
LOGAM
MADU TIGA
TAJAM
IKAN BAKAR
LAGENDA BUDAK SETAN
BUAH TANGAN
RIBUT PETIR
CUCUK CUCUK
TELUR MATA
FILEM SERAM
BASIKAL TUA
PAHANG
LUMBA HARAM
MAYBANK
DERMA DARAH
MALAM PERTAMA
PINTU SUKA HATI
BELON UDARA PANAS
SOTONG KERING
SAMSENG
TAHI CICAK
KAKI JORAN
PISANG GORENG
TAKUT BINI
SUP AYAM
KEDAH
MEKANIK
CUKAI PINTU
DO RE MI
MAHATHIR MOHAMAD
HARIMAU BINTANG
ULAT BUKU
PENING KEPALA
TUKANG JAHIT
CINTA MONYET
POP POP
TANDAS AWAM
OMBAK RINDU
BULAT
SURAT CINTA
JURURAWAT
ASTRO ARENA
FIKIRKAN BOLEH
BULAN SABIT MERAH
MATEMATIK
KEK BUAH
BELAH BAHAGI
CINTA TIGA SEGI
MAGGI SUP
MAWAR BERDURI
BEG KULIT
KASSIM SELAMAT
KAKI JUDI
LE TOUR DE LANGKAWI
KAYA RAYA
GENTING HIGHLAND
PANCING UNDI
TIDUR SIANG
MELODI
KEMARAU
JUARA LAGU
CUCI KERETA
POCKET ROCKET MAN
CHIPSMORE
BUANG MASA
PIALA DUNIA
LIDAH BERCABANG
JIMAT AIR
PEGAWAI POLIS
ANAK BULAN
JAM LOCENG
LITAR SEPANG
TAHUN BARU CINA
LEMANG
MAKAN HATI
TEMBIKAI SUSU
MATA KERANJANG
KL SENTRAL
AYAMAS
NASI GORENG USA
PANGGUNG WAYANG
KAKI BANGKU
BUKU LALI
PROTON
KONSERT
ZOO
KECEMASAN
SAHABAT PENA
WARGA EMAS
ROTI KAYA
BUKU LIMA
BUTIK FESYEN
ALI CAFE
BUNGA KEBANGSAAN
BELAKANG TABIR
POLIS TRAFIK
HAIWAN TERNAKAN
NASI LEMAK TELUR
TADIKA
XX RAY
SATU MALAYSIA
SENYUM ITU SEDEKAH
PINTU HATI
MANDI BUNGA
KASUT RODA
TANDA TANGAN
HANTU RAYA
MATA DUITAN
OMBAK RINDU
BURGER BAKAR
BAS SEKOLAH
CAK CAK
DAKI GUNUNG
GOL DAN GINCU
MATAWANG ASING
SELAMAT JALAN

Thursday, April 17, 2014

BSP (Blood Sugar Profile)


BSP? What’s that!!

Hokey.. BSP actually stand for BSP (Blood Sugar Profile).


Mom to be je la yang faham BSP tu apa + mom yang ‘bertuahhhh sgt’ mcm aku la.. Hukhukkkk…*seedeey menanges dalam lagu..
Mom yang result MGTT nyer adalah kantoi, maka dengan senang hati KK akan hubungi u olls & maklumkan yang korg disyaki ada kencing manis... maka kena la buat BSP test ni...
Aku checkup kat Klinik Kesihatan Seri Kembangan so dah dapat pickup phone pon dr nurse KK ni..anak 1st dah kena BSP..lalallalaaa :)

Seperti kejadian sedey aku... KK cal & maklumkan result MGTT aku agak tinggi, maka kena la pergi KK pada 2 April 2014 untuk buat BSP test...aku rasa dah control makan semua dah tapi kenapa la ek boleh tinggi..aku rasa maybe aku minum air gula yang pekat likat tu..mau tidaknye kena habiskan satu cawan like dis…
Source: Google
Ouhhh stress!! Manis yang amat! Tuk mommy yang nak tau procedure buat BSP ni..aku bg guide cket ya.. 

Procedure BSP test;
2/4/2014:


  • 10.00 pm: Amik darah (1st) tapi cket jek la kt jari jek..so don’t worry tak sakit pon; (Sebelum tu kena start puasa dari jam 8.00 pm-10.00 pm). After that boleh makan.
  • 12.00 am-8.00 am: Puasa ya mommy!!

3/4/2014:

  • 8.00 am: Amik Darah (2nd). Lepas dah kena cucuk tu boleh la sarapan
  • 9.00 am- 11.00 am: Puasa lagi ya mommy!!
  • 11.00 am: Amik Darah (3rd). Lepas dah kena cucuk tu boleh la makan lagi
  • 1.00 pm- 3.00 pm: Puasa lagi ya mommy!!
  • 3.00 pm: Amik Darah (4th). Lepas dah kena cucuk tu boleh la makan, makan, makan…yeay!! Tak payah puasa dah!!

Alat tuk test bacaan gula, mcm gambar ehsan google kat bawah ni ya..aku tak sempat nak snap nurse tu cucuk darah..hehe..maybe next time k!





 Source: Google

Alhamdulillah reading aku nurse cakap memang canteq, aku ingat tu 1st and last..ahahha..tapi maap ya itu hanya angan-angan..kena repeat setiap 2minggu.. memang banyak la mc aku tuk tahun ni..kuikuikuii

p/s mommy: jaga la makan+minum semoga korang tak kena BSP like me! yehuuuuu


Ohooo nak share pic scan baby last checkup hari tu..15 weeks..doakan aku bersalin normal ya sbb doc ckp uri ku ke bawah…uhukkk takut!