Thursday, June 19, 2014

Checkup Baby 28 weeks



Hello readers!!
Hari ni baru berkesempatan nak cerita rutin harian checkup Klinik Kesihatan tuk tempoh 28 minggu.. Kalau diikutkan 28 weeks baby dah dekat 7 bulan la ye tak! Huhuhu.. Dah mula rasa berdebar nak deliver baby ni. Macam-macam perasaan la yang datang..tapi akan ku harungi jugak untuk anak sulung ku ini. Semoga Allah permudahkan urusan ku & hubby..Insyaallah.



Caption: Muka without makeup pergi checkup :)


Ok macam biasa aku datang awal 7.44 am coz appointment 8.00 am, tapi macam biasa la Klinik Gomen korang kena register kat kaunter dulu, masukkan buku kat dalam bakul 8.00 am. Dong-deng-dong-deng nurse akan carik buku merah dalam rekod diorang. Kali ni lama betul aku tunggu dekat 1 jam baru nurse panggil semula kat kaunter. Perut aku toksah cerita la time tu berjoget riang. Tapi disebabkan nak servis free aku tahan la kesabaranku. Hehe.. 

Hari ni kena amek darah, katanya tuk FBC dan cek HB.. aku tak banyak tanya details sebab kepala dah pusing. Aku masuk bilik 14 dan hulur je tangan kat sister yang nak cucuk tangan aku. Aku genggam tangan n tup..nasib baik sekali cucuk je. Maybe sister tu baca bismillah n urat aku pon senang nak nampak. Heheh.. Sister suruh aku hantar darah ke Makmal 7B. Berjalan la aku ngan sopannya ke Makmal 7B. Macam biasa letak buku pink dalam bakul + darah & pergi ambil air kencing kat toilet. Tunggu giliran orang lab panggil dan dapat result HB rendah lagi.. 9.7 jek.. uhukkk tak tau la cmne nak naikkan lagi. Ubat zincofer dah makan tapi still tak naik lagi. Kira aku ni dah anemia. Last month pon sama 9.7 jugak. Bagi mom to be siapa ada cara nak bagi HB naik?! Uhuhu

Dah settle bab amek darah, kita pergi jumpa nurse pulak kat bilik 17. Bilik-bilik ni dah bahagi ikut zon, so memang dr awal checkup aku akn cek kt bilik 17 je.. Tunggu sekejap n nurse akan panggil tuk cek pewot. Tummy smer ok degupan jantung baby pon ok so settle bab pewot! Opsss tunggu hari ni kena jumpa FMS..dalam kepala otak aku, apa benda alah pulak FMS ni..rupanya FMS stand for dr sakit puan. Alahai ingatkan dah boleh balik.. 

Letak buku kat kaunter 20 & nurse suruh tunggu kejap kat depan. Lama jugak la dekat setengah jam..huhu..penangan sungguh checkup kali ni. Bila dah kena panggil dr cuma borak2 macam biasa je n again kena cek pewot sama macam nurse cek tadi. Then dr bagi nasihat suruh breast feeding smer n kalau boleh jarakkan anak coz aku dah kena kencing manis ni. Haahaha macam tau2 jek aku nak cepat dapat anak! Dr tanya aku ada tak amek darah tuk cek kenapa HB aku asek rendah jek..jujur aku cakap, nurse ada amek darah tapi tak tau untuk apa. Hahahha..teruk tol aku semua benda tak nak tanya kan! Then dr suruh pergi lagi sekali ke bilik 14 tuk amek darah tuk hantar kat hospital for checking kenapa aku nye HB asek rendah je.. baiklah saya menurut perintah. 

Sampai kat bilik 14 nurse terkejut kena amek darah lagi..siap cakap kesian kat aku lagi. Hahah caring pulak rasanya. Ok fine, amek la darah bakal ibu ni n hantar kat Makmal 7B. Done! Jumpa semula nurse kat bilik 17 tuk dapatkan appointment seterusnya.. Erk sorry belom done lagi..nurse nak cucuk kancing gigi pulak. Alahai cucuk kancing gigi ni lagi sakit sebenarnya dari amek darah. Korang akan rasa kebas sampai 2,3 hari. So pastikan cucuk kat tangan yang bukan menulis/memasak ya. Siap semua tu nurse suruh aku buat Carta Pergerakan Bayi. Istilah paling mudah, start pukul 9.00 am, kalau rasa baby gerak2, tendang2, pusing2 plzzz tanda (/) kat setiap kotak sampai la korang rasa 10 kali pergerakan. Macam aku, pukul 4.30 pm baby dah gerak lebih 10 kali. Sungguh aktif time world cup ni. Heheh. Kalau dalam pukul 9.00 pm korang rasa baby gerak kurang 10 kali esoknya korang kena pergi klinik tuk cek baby. My baby plzz gerak2 tendang2 ibu ya. Jangan bagi ibu risau :) 



 Caption: Carta Pergerakan Bayi

Okla itu sahaja entry post kali ni jumpa lagi kalau ibu hamil ni ada masa nak celoteh.. daaaa~~      





1 comment:

  1. Pengen yang lebih seru ...
    Ayo kunjungi www.asianbet77.com
    Buktikan sendiri ..

    Real Play = Real Money

    - Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
    - Bonus Mixparlay .
    - Bonus Tangkasnet setiap hari .
    - New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
    - Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
    - Cash Back up to 10 % .
    - Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

    untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
    - YM : op1_asianbet77@yahoo.com
    - EMAIL : asianbet77@yahoo.com
    - WHATSAPP : +63 905 213 7234
    - WECHAT : asianbet_77
    - SMS CENTER : +63 905 209 8162
    - PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

    Salam Admin ,
    http://asianbet77.com/

    ReplyDelete