Monday, March 23, 2015

Bersalin Induce Sakit Ke?!

Assalamualaikum readers! Hush lame btol tak bukak blog..tetibe arini tergerak lak hati nak update blog yang dah bersawang ni. Hehe..

Ok arini nak share pasal bersalin induce. Aku x boleh la nak citer pengalaman bersalin normal camne sebab anak pertama pon aku dah kena induce.

Nak dijadikan citer, masa aku pregnant memang aku ada kencing manis.. tapi bsp aku under control xde la sampai kena cucuk insulin. Kalau ikutkan edd memang nurse tulis 8/9/2014. Aku memang dah amik cuti awal 2 minggu sebab aku dah tak larat nak g keje naik komuter. Nak naik kete jam yang amat.. maklum le dok kl. So sampai le tarikh 7/9/2014 aku takde tanda nak bersalin pon. Cuma kaki aku mase tu bengkak jadi beso yang amat sampai ke betis.

Tetibe teringat mase checkup dengan doctor aritu, dia ada cakap kalau sampai tarikh tak bersalin kena induce. So dalam hati berdebar tak tau nak watpe. Cakap ngan laki n mama, diorg suruh g klinik kesihatan tanya camne. Aku pon ikut je la.. sampai kat klinik tanya cmne nurse bising cakap nape tak g hospital lagi.. patutnya dah kena g.. tahan kat wad. Aku sengih je. Seumur hidup aku tak pernah kena tahan wad. Hehe..

Nurse suruh aku g pagi 7/9 tu jugak. Aku cakap yelah nanti saya pergi. Keluar dari klinik, aku sempat lagi shoping ngan laki aku g beli play pen dulu. Kekke. Tapi dalam hati Allah je tau macam mana. Nurse cakap kena induce, dalam hati tertanya induce tu natang apa.. balik rumah mama, kemas sikit apa yang patut macam baju baby, baju aku n pampers.. tak lupa makanan hokey.. pastu dok borak kejap ngan mama. Mama n papa bagi support cakap takpe pergi jek nanti dah bersalin hilang sakit bila nampak baby.. takde apa yang nak ditakutkan.

Petang lebih kurang ditemani my hubby kami ke hospital nora ismail, batu pahat. Kami ke wad bersalin. Nurse amik buku pink aku n mintak tunggu kejap. Nanti doctor akan panggil. Hush time tu degupan jantung dekat 200km/j kot. Tak pernah rase bersalin camne oiii. Tak lama nurse suruh masuk, doctor nak cek bukaan. Zuppppp!!!

Alamak cuba bayangkan dah le 1st time kena pulak ngan doctor pelatih laki.. tak ke erkkkkk maluuuuuuuu! Nak tak nak redha.. doctor cakap takde bukaan lagi.. dia cakap rileks tunggu kejap nanti dia panggil. Bila doctor panggil dia suruh masuk sekali ngan husband. Dia terangkan procedur induce macam mana. Induce ni dia akan masukkan ubat dari 'bawah'. Ubat ni bagi resa supaya kita rase macam nak bersalin. Dia akan bagi induce pertama esok pagi, kalau misalan aku takde resa dia akan masukkan ubat kali kedua kalau takde resa lagi dia akan masukkan ubat kali ketiga. Kalau tak bersalin jugak dia akan operate. Hushhh seram kau aku dengar!

Aku masuk wad.. depan berhadap katil ada sorang akak..dia dah induce sekali tapi takde bukaan, sakit resa pon takde. Ouhhh otak ku ligat pusing malam tu. Nurse pesan tidur nanti lepas subuh pagi esok kena masuk ubat. Malam tu lepas solat isya aku tak boleh lelap mata. Aku mengaji baca surah yasin, surah maryam n surah yusuf. Baca ulang kali sampai tertido. Jam 5 nurse dah gerakkan aku, tapi masa tu aku dah siap mandi. Makan roti n milo sikit kot la terbersalin pas masuk ubat. Lepas solat subuh dalam pukul 645 macam tu nurse panggil tuk ctg. Tengok graf gerak baby. Alhmdulillah anak ibu aktif graf pon cantik. Lepas ctg doctor masukkan ubat kot bawah. Aduh time tu rasa sakitnya.. lagi sakit dari kena seluk tu. Nurse pesan sejam kena baring jangan bangun or buang air. Aku rilek atas katil doctor datang cek pon aku still ok. Takde rasa sakit. Doctor cakap kalau takde resa kena masuk ubat kali kedua. Huarghhhh aku xmooooo

Dalam pukul 10 macam tu hubby datang bawak air selusuh. Dia amek kat nenek yang selalu aku berurut, nek jemah ngan papa malam semalam. Dia susuh minum sikit. Ok aku minum. Tak lama lepas tu aku start sakit menangkap dari pinggang sampai ke bawah kaki. Nak duduk tak boleh nak baring tak boleh. Time tu aku rasa tak tentu arah. Baca surah maryam pon dah tak boleh. Call hubby ngadu cakap sakit sangat sangat dia cakap sabar dia tak boleh naik dah makcik jaga tak bagi. Apa aku nak buat lagi.. huhu. Tapi sempat la aku wasup mintak maaf ngan dia, aku nangis mintak maaf..dia cakap nanti time rehat kol 1 abg naik ye..

1200 nurse suruh g bilik ctg cek jantung baby..kali ni graf dah x cantik..sebab contraction aku kuat sangat gaknye..aku cakap ngan nurse aku dah tak tahan sakit dia boleh cakap biase la tu nanti nak beranak lagi sakit. Hurm terus aku tak bersuara dah. Pukul 130 doctor cek bukaan lagi dia cakap kalau 4cm boleh masuk labour room. Tapi sedih baru bukak 2cm je. Dia cakap dah sakit sangat ke.. aku cakap ye sakit sangat dr, dia cakap xpe tak perlu induce kali kedua. Masa hubby aku ada aku cakar-cakar tangan dia. Ya Allah masa tu aku langsung macam orang gile. Tak tentu arah menangis je. Papa datang jugak tapi papa tak sampi hati tengok aku terus keluar dari wad.

Pukul 200 petang hubby aku dah kena turun coz masa melawat dah habis. Sedihnya lahai aku time tu. 210 aku nak turun dari katil sebab aku rase time tu aku nak buang air besar n nak solat zuhur. Tiba-tiba aku kejang, perut mengeras sakit pinggang yang amat sangat. Allah Allah Allah.. tu je aku dapat sebut. Last aku panggil nurse nurse tapi terlalu slow sebab aku dah takde tenaga start sakit aku takde selera makan. Nasib baik akak depan katil aku dengar.. dia tanya kenapa dik.. akak, saya sakit sangat dah kak. Kejap akak panggil nurse. Aduhai time tu nurse semua takde baru naik rehat dekat 5 minit gak aku tunggu..

Nasib baik nurse sampai ade la dalam 5 orang nurse. Yang sorang terus seluk cek bukaan dia menjerit cepat2 budak ni dah bukak 9cm..kau bayangkan le dr 2cm bukak 9cm dalam masa setengah jam mau tak kelam kabut. Nurse mintak aku tukar katil dia nak tolak ke labor room. Sempat aku toleh katil aku..air ketuban dah pecah, darah dah penuh atas katil. Tudung pon aku tak sempat capai. Nurse tolak laju atas katil, aku boleh cakap nurse saya nak bersalin sekarang ni. Nurse suruh hold dulu. Hehe. Time tu aku perasan orang sekeling kat luar tu pandang aku aduyai time tu aku sebut Allah je..

Masuk labor room, nurse menjerit doctor emergency cepatttt.. nasib baik aku dapat doctor perempuan melayu. Nurse yang ada dengan aku ajar kalau rasa macam nak buang air teran je. Tapi sempat aku cakap tolong telefon husband saya. Dia cakap ye akak telefon tapi hampeh takde. Ok back story, aku teran dah nampak kepala, bila nak teran lagi boleh kepala baby masuk balik. Hahaa yang ini kelakar. Lagi sekali aku teran, doctor gunting kulit aku..makkkk aiiii sakit kot!!! Kali ketiga aku teran alhamdulillah bunyik suara anak aku menangis.. ya Allah time segala sakit aku tanggung hilang seketika.

Doctor amik baby terus dia letak atas dada aku. Dia cakap nampak tak laki ke perempuan. Aku nampak aku cakap perempuan. Alhamdulillah ya Allah. Proses bersalin aku meneran amik masa setengah jam je. Tapi sebab koyak banyak jahit dekat 2 jam dari kol 3-5..

Nurse bersihkan baby dulu. Dah siap baru call husband aku untuk azankan. Ermmmm macam tu la pengalaman pertama aku bersalin anak sulung masuk ubat induce. Hope korang yang bace tau la camne sakitnye ye.hehhe.

Ni aku share pic anak aku lepas keluar dr labor room.. diberi nama Nur Alya Humaira Binti Muhammad Izzuddin :)

3 comments:

  1. Pengen yang lebih seru ...
    Ayo kunjungi www.asianbet77.com
    Buktikan sendiri ..

    Real Play = Real Money

    - Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
    - Bonus Mixparlay .
    - Bonus Tangkasnet setiap hari .
    - New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
    - Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
    - Cash Back up to 10 % .
    - Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

    untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
    - YM : op1_asianbet77@yahoo.com
    - EMAIL : asianbet77@yahoo.com
    - WHATSAPP : +63 905 213 7234
    - WECHAT : asianbet_77
    - SMS CENTER : +63 905 209 8162
    - PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

    Salam Admin ,
    http://asianbet77.com/

    ReplyDelete
  2. pengalaman saya sendiri melahirkan ank sulong secara induce lbh mudah dari ank kedua secara normal..induce cepat sikit bukaan dari normal, tggu lama untuk fully dilated..


    Anakku Lahir 37 Minggu Secara Induce Kerana Kecil Dari Usia Kandungan

    ReplyDelete