Thursday, September 15, 2016

Dinasour @ Muar

Hari Malaysia 160916.. Wahhh nombor cantik! Kami 3 beranak ke Nursery yang ada buat tarikan pengunjung dengan letak dinasour.. Alhamdulillah pergi pagi-pagi tak ramai orang tapi kena tahan la panas terik matahari. Hehe.

Bagi yang nak ke sana, boleh la bawak anak-anak ke bypass tepi jalan dalam nursery trafic light simpang Jalan Bakariah-Sabak Awor.. Masuk percuma tak payah risau kena bayar!

Saturday, January 2, 2016

Taman Botani Johor

Assalamualaikum readers bloggers..

Alhamdulillah diberi kesempatan lagi untuk update blog yang dah bersawang ni. Ok update cerita petang-petang ni.. Sabtu lepas kami satu family ke Taman Botani Johor. Nama nampak gempak kan.. Hehe.

Lokasi: Taman Botani Johor, Sri Medan
Tiket: Masuk free
Bintang: ***

Cerita hal semalam, masa masuk memang nampak macam meriah & cantik sangat.. Masuk dah nampak payung tergantung kat atas kepala.. Kalau yang nak buat photo shoot memang sesuai la amek gambar kat sini.

Masa kami datang, kami parking kereta kat luar. Gate tutup tak bagi kereta masuk. Ok fine, cakap dengan hubby takpe la kite jalan kaki jek la masuk dalam. Masuk la kami ke Taman Botani Johor. Sampai-sampai welfie dulu la ngn hubby n my bucuk, alya.. Teruja betul payung bergayut atas kepala. Hehe. Jakun sungguh lahai..

Then kami pon jalan la ke tempat botani nya.. Jalan punya jalan, tak jugak nampak mana tamannya. Ada la dkt 2km kami jalan. Mau tak penat. Huhu. Sampai tempat dituju, landskap! Kat sini jek la aku rasa teruja sebab banyak landskap dari majlis perbandaran johor yang cantik-cantik. Anyway bagi yang kesempatan yang datang johor boleh la singgah Taman Botani Johor ni. Tapi yang ada masalah sakit kaki disaran jangan pergi la takut pengsan pulak berjalan jauh. Hehe..

Saturday, November 14, 2015

Pertukaran F29 macam mana??!

Assalamualaikum..
Tajuk nak gempaq je kan..hehe..Alhamdulillah saja nak share bagi sesapa yang dah pegang jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29..

Pertukaran F29 bagi aku memang amek masa terlalu lama..aku dah apply lebih 2 tahun..ouh ya, cara nak mintak tukar senang je..cuma perlu apply melalui HRMIS dan hantar ke ketua jabatan. Ketua jabatan akan luluskan samada disokong dengan pengganti atau tanpa pengganti. Selalunya haruslah dengan pengganti..macam aku :) Bila dah disokong dengan pengganti JPA akan buat mesyuarat untuk pertukaran F29 ni.

Alhamdulillah tanpa kabel tanpa orang dalam rezeki ku bertukar balik negeri JDT. Dalam masa yang sama kalau korang nak cepat dapat tukar selalulah call JPA korang nye permohonan macam mana. Masa time aku tu, en Fazli yang uruskan dia suruh sabar turn aku no 10..kira okla jugak kan dari beribu yang mintak tukar tu. Tapi lama jugak la aku kena tunggu untuk dapat tukar. Itu pun aku sertakan dengan surat pengesahan doktor mak aku sakit buah pinggang..

Anyway sesiapa yang mintak tukar tu..doa la banyak2 tak perlu orang dalam..kalau dah rezeki tak ke mana :)

Tuesday, November 10, 2015

Remote Kereta @ Tanjung, Muar

Assalamualaikum bloggers..malam2 minggu ni sharing cerita anak dara Nur Alya Humaira naik kereta remote kat tanjung, muo..

Selalunya tgk je anak org main kereta, ni alya dh besar dh boleh la masukkan dia dlm kereta..tapi kena control la dr ayah nya..

Bukan main lagi dia suka masuk dalam kereta siap bye2 org keliling..haih peramah tol la awak..sgt2 sesuai tuk korang parents yg nk luangkan masa dgn anak2..juz bayar RM6 tuk 15minit masa main..klu 30minit up sikit la RM12..

Ok jom skodeng anak kecik ni naik kereta! I'm using legoo elite 5 :)

Thursday, March 26, 2015

Baby Walker Alya

Assalamualaikum readers. Hari ni dah 25/3, hari bergaji tuk kakitangan awam. So setelah settle hutang tertunggak tiba la masa tuk beli barang anak dara Nur Alya Humaira yang dah masuk 6 bulan ni. Yehuuu.. nak beli baju, baju dah banyak sangat dah. Jadik bulan ni ibu belikan alya baby walker yek!

Alya lom pandai merangkak pon lagi. Setakat meniarap golek2, reverse ke belakang memang dah cukup hebat la bagi alya ni.




 
 Ramai yang cakap baby walker sebenarnya tak elok untuk perkembangan bayi berjalan. 
Tapi bagi aku its up to opinion masing-masing. Bagi aku selagi aku masukkan alya dalam baby walker n tak jatuh tergolek it worth it la belinye. 
Aku belj tujuan asalnya mudahkan aku tuk buat kerja, sebab sekarang ni alya asik nak kena teman je. Kalau aku masukkan dia dalam  baby walker at least boleh la aku buat kerja sambil dia tengok aku.


Aku beli baby walker jenama fairworld. Ni antara murah n selamat la yang aku tengok. 
Aku grab baby walker ni kat Astaka 
Muar, dalam rm 140 jek. Balik aku terus mintak ayah alya pasangkan. 
Haih ibu pulak yang excited nak oiiii..

Lepas pasang terus masukkan alya dalam baby walker. Memula reaksi excited dapat picit2 lagu kat baby walker tu. 
Bila lama-lama start le manja dia menangis nak ibu amik. Alya hope kamu cepat jalan ye lepas ni.. muaaahh sikit
!!